30 Jun 2008

Untuk Maklumat Semua


renung-renungkan dan fikir-fikirkan

25 Jun 2008

Tips Sebelum Telefon Bimbit Dicuri

Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual kepada orang lain.

Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya.

Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut :-

* # 0 6 #

(star hash kosong enam hash)

Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap telefon bimbit. Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula.

Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti Maxis, Digi dan Celcom.

Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.

Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. Telefon bimbit semua model Nokia dan Sony Ericsson boleh menggunakan cara ini. Model-model lain cubalah sendiri.

22 Jun 2008

Masahiro Cherry Blossom Samurai Sword Untuk Dijual

(SOLD)




Info Pedang

Handmade - Sharp and thick blade

Full tang construction 28 inch

High carbon steel blade 2 color zinc alloy tsuba

Lacquered wooden saya

Quality sageo and ito wrapping

Can be disassembled for care and maintenance

Decorative triangle box doubles as display stand Includes

Masahiro Sword bag Measures 40 inches overall

ini pedang mahu jual harga RM1400 (nego)

sebarang pertanyaan sila call 012-6709738 - zaidil akbar bin md. said

20 Jun 2008

Pengumuman....

Mesyuarat Perkembangan Reunion Putera Perantis RSD

Tarikh: 04 Julai 2008 (Jumaaat)

Tempat: Wisma Bintara Kem Imphal

Masa: 2100


Semua bekas Putera Perantis RSD dijemput hadir untuk memberi pandangan, bagi menjayakan Reunion yang julung kali di adakan.....
...::bersaudara selamanya::...

19 Jun 2008

MIMOS Warehouse Sale


Click on the image to enlarge for batter view

Makan Malam Rejimental Meraikan Dato' KPS pada 14 Jun 2008 bertempat di PWTC














Dulu-dulu kalau dengar mess nite sure gelabah pasal masa tu rasa ada jer masalah, mess kit tak ada lah, kene bayar mess bill lebih lah, malas lah, rimas lah dan memacam lagi seribu satu alasan. Namun masa berlalu seiring perubahan zaman, mess nite dah jadi macam tempat pertemuan pula, yer lah kawan-kawan yang duduk hujung dunia pon turut datang menghadirinya. Bila dah lama tak jumpa mulalah bercerita tak ingat dunia sampai hingar bingar ruang menanti sebelum masuk dewan. Dipaparkan sedikit gambar untuk kenangan bersama.

17 Jun 2008

JEMPUTAN KE MAJLIS REUNION PUTERA PERANTIS RSD


Semua APP Siri 8/87....


Saya menjemput semua skot saya kiranya dapat hadir pada majlis tersebut pada 25 Okt 2008 demi mengakrabkan lagi persahabatan kita dan senior-senior APP RSD.

11 Jun 2008

Logo APP


LOGO 1

LOGO 2

LOGO 3LOGO 4

LOGO 5
LOGO 6LOGO7
LOGO 8
LOGO 9
LOGO 10
Salam..... saya ada menerima bebarapa logo dari APP,.... di harap kepada kengkawan APP yang ada idea sila kirimkan logo ciptaan anda kepada saya melalui email nadzmi98@yahoo.com. Kepada mereka yang logo terpilih, hadiah misteri menunggu anda pada malam 25 Okt nanti.... Penyertaan dari anda di alu-alukan.....
Sila pilih logo di atas....



09 Jun 2008

Pengumuman

Reunion Putera Perantis RSD

Tarikh: 25 Okt 2008

Tempat: Kumpulan Kombat

Yuran : RM 50.00

Sila rujuk minit mesyuarat kordinasi ke 3

Minit Mesyuarat Kordinasi ke 3

Sekretariat Majlis Reunion Apprentir Putera RSD
d/a Wisma Bintara Kem Imphal
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR

Tel: 03-20715116
H/P: 019-3074819

06 Jun 08

REUNION APP/RSD/A/002/08

Lihat Agihan

MINIT MESYUARAT KOORDINASI KETIGA MAJLIS REUNION PUTERA PERANTIS REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA SIRI 1 HINGGA 8 BERTEMPAT DI WISMA BINTARA KEM IMPHAL PADA 6 JUN 08 JAM 2100H


Hadir:

PW 1 (FOS) Rafli bin Abd Kahar - Pengerusi
Kapt (PTT) Md Zaher bin Hj Mansor
PW 1 (FOS) Azshar bin Ibrahim
PW II Zainuddin bin Ali
PW II (FOS) Johari bin Markan
Sjn Kossim bin Mohamad
Sjn Ahmad Zaini bin Wan Lah
En. Anuar bin Abdul Rani
En. Suhaidee bin Ismail
En. Mohd Mubarak bin Abdullah
En. Mazlan bin Abd Rahman
En. Zulbahari bin Ali
En. Hasri bin Abd Latif
En. Mohd Radzi bin Mohd Daud
En. Md Kamal bin Abu Bakar
En. Nordin bin Sahri
En. Mohd Faizal bin Omar
En. Atauddin bin Ashaat


PENDAHULUAN

1. Tuan Pengerusi mengucapkan salam sejahtera dan selamat datang kepada semua AJK serta mantan-mantan Apprentis RSD yang hadir kerana sudi melapangkan masa untuk hadir pada kali ini. Mesyuarat kali ketiga ini bertujuan untuk meneruskan perbincangan, pelaksanaan dan persiapan untuk majlis REUNION yang bakal diadakan pada 25 Okt 08.


PERKARA BERBANGKIT

Perlantikan AJK Majlis.

2.Tuan Pengerusi memaklumkan pada semua terdapat AJK- AJK yang perlu diganti bagi melancarkan kerja-kerja yang dijalankan

3. Keputusan. Sebulat suara bersetuju.

a. Presiden: PW 1 (FOS) Rafli bin Abd Kahar - (019-2349829).

b. Timbalan: Zul Baharin bin Ali - (012-3969925).

c. Setiausaha: En. Mohd Faizal bin Omar - (019-2651622).
En. Mohd Radzi bin Mohd Daud.

d. Bendahari: En.Azahari bin Abas - (016-2174382).
En. Abd Rahim bin Abd Rahman - (012-6236471).

e. AJK Keraian: Kapt (PTS) Shafinar bin Saat - (012-3156809).
En. Nakri bin Yaakub - (019-2772117).

f. AJK Makan/Minum: PW II Zainuddin bin Ali - (012-5334482).

g. AJK Siaraya: PW II (FOS) Zaidil
Sjn Alias bin Samat - (013-3519645).

h. AJK Hiburan: En. Zamri bin
En. Rohaizat bin Ismail

i. AJK Logstik: Kapt (PTT) Md Zaher bin Hj Mansor - (017-6958385).
Lt (PTT) Salimi

j. AJK Multimedia: PW I (FOS) Azman bin Nayan
Sjn Ahmad Zaini bin Wan Lah

k. AJK Agama: PW II (FOS) Rasidan (93 RSD)

l. AJK Perhubungan Setiap Siri:

(1) Siri 1: Mej (PTT) Azid bin Jasmin - (013-3447551).
Kapt Mansor - (017-3779902).

(2) Siri 2: En. Mazlan bin Rahman - (013-3136872).
En. Mubarak bin Abdullah - (016-2155113).

(3) Siri 3: En. Atauddin bin Ashaat - (012-6399202).
En. Azmi bin

(4) Siri 4: En. Dzulkifli - (013-6918317).
En. Anuar bin Suboh - (012-2525170).

(5) Siri 5: En. Kamal bin Muhamad - (012-3035425).
En. Nakri bin Yaakub - (019-2772117).

(6) Siri 6: PW II (FOS) Johari bin Markan - (019-3074819).
Sjn Kossim bin Mohamad - (019-2203969).

(7) Siri 7: PW II (YOS) Jamri bin Tukiman - (012-303599).
Sjn Zamri bin Kamis - (012-4300858).

(8) Siri 8: Kapt (PTS) Azrin bin Ismail - (019-6797300).
PW II (FOS) Yazid bin Nasiman - (012-3032117).


Tarikh dan Tempat Reunion.

4. Pengerusi memberi tahu tarikh dan tempat adalah di Cawangan Kombat IKED Kem Sg Besi iaitu pada 25 Okt 08 (Hari Sabtu). Pengerusi juga memaklumkan pihak IKED telah bersetuju dan mengalu-alukan kehadiran kepada semua mantan-mantan Apprentis RSD.

5. Keputusan. Semua bersetuju sebulat suara.

6. Konsep Majlis. Pengerusi memaklumkan konsep Majlis Reunion Apprentis RSD buat julung kalinya adalah berkonsepkan Ramah Mesra.

7. Keputusan. Semua bersetuju sebulat suara.

8. Kutipan Wang. Semua yang hadir telah bersetuju kutipan bagi menanggung kos pelaksanaan majlis adalah sebanyak RM 50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja).

9. Keputusan. Semua bersetuju sebulat suara.

PERKARA BARU.

10. Tarikh Mesyuarat Koordinasi Ke 4. Pengerusi menetapkan tarikh dan tempat mesyuarat yang akan datang pada 4 Jul 08 (Jummat) jam 2100H bertempat di Wisma Bintara Kem Imphal. Pengerusi berkehendakkan pada mesyuarat yang akan datang AJK perhubungan memberi perkembangan setiap siri dan idea. Pengerusi sekali berharap, pada mesyuarat yang akan datang lebih ramai lagi ahli-ahli yang hadir.

11. Keputusan. Semua maklum.

12. Kerjasama. PW II Mazlan bin Abd Rahman mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengerusi dan berharap kepada semua AJK-AJK yang yang dilantik dapat melaksanakan tugasan yang diberi bagi membantu pengerusi menjayakan majlis ini.

13. Keputusan. Semua maklum.

PENUTUP.

14. Setelah tiada perkara yang dibincangkan,sesi mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 2341H. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan berharap semua yang telibat dapat melaksanakan perkara-perkara yang telah dipertanggungjawabkan. Sekian, terima kasih.






MOHD FAIZAL BIN OMAR
Setiausaha Sekretarit Reunion

Agihan:
Dalam:
Tindakan:
Semua Mantan Apprentis Siri 1 Hingga 8
*Nota*

Diminta semua mantan Apperantis memaklumkan kepada yang tidak menghadiri.

02 Jun 2008

Masihkah kau ingat.....

Saper erk.....

31 Mei 2008

Komen Pengunjung....

Berikut di siarkan komen dari pengunjung blog ini....

4279 matsiam
assalamualaikum semua..
ruangan chat room dah ok....baru taksat aku dok sembang dgn jelani 7/86 dan madjan 8/87 tp sayang ....hanya 60 bait untuk 1 jam lps tu kena tggu lagi satu jam baru boleh sembang ..... sayang sungguh ,
kita kena besarkan lg chatroom kita tp kena la bayaq......jadi apa buah pandangan semua?

Kepada semua bekas APP yang arif mengenai software chat room sila kongsi pengetahuan anda di sini untuk menambah baik mutu blog ini....
terima kasih

30 Mei 2008

Motivasi

Siapakah Azizi Ali?

Azizi Ali ialah perunding kewangan peribadi nombor satu di Malaysia . Beliau telah menghasilkan 24 buah buku terlaris termasuk "Jutawan dari Planet Jupiter", "Lahirnya Seorang Jutawan", "Bagaimana Hendak Menjadi Tuan Rumah Jutawan", "Bagaimana Hendak Menjadi Jutawan Hartanah" dan "Juara Lelongan Hartanah".

Beliau adalah seorang Perunding Kewangan Bertauliah (Chartered Financial Consultant) dan mempunyai ijazah Sarjana Perniagaan (MBA) dari University of Bath, England.

Beliau juga telah banyak memberi ceramah di seluruh pelusuk Asia Tenggara termasuk di Thailand, Brunei dan Singapura. Di antara pelanggan beliau ialah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Suruhanjaya Sekuriti, Petronas, Bank OCBC, KWSP, Lembaga Hasil Dalam Negeri, AIA Assurance, Prudential Assurance, Danaharta, Maxis dan Telekom Malaysia.

Beliau juga sering muncul di kaca TV dan radio membicarakan tentang pengurusan kewangan peribadi.

Yang lebih penting, beliau telah mencipta kekayaan melalui pelaburan hartanah. Beliau memiliki beberapa hartanah di Lembah Klang, termasuk di Bangsar, Subang Jaya, Damansara dan Kelana Jaya.

Ini bermakna strategi yang digunakannya telah berjaya dan bukan hanya teori semata-mata.

Hadis Qudsi (2)



Berkata Ibnu Abbas r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah besabda:

Allah telah berfirman :

“Apabila hambaKu mengingatiKu sendirian, Aku pun akan mengingatinya sendirian, Dan apabila dia mengingatiku di hadapan khalayak ramai, niscaya Aku akan me­ngingatinya pula di khalayak yang lebih baik daripada khal­ayak ramai yang dia mengingatiKu.”
(Riwayat Thabarani)

Anak Perempuan


Anak perempuan penentu masuk syurga, neraka

DARIPADA Aisyah, Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu dia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi)


Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak perempuan. Mereka adalah aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Takutlah kamu kepada Allah dalam perkara yang berhubung dengan kaum wanita." Hadis itu bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak perempuan dan isteri mereka supaya sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah.


Ramai ibu bapa yang menjaga anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan saja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan sepatutnya.Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan pelbagai keburukan mencemarkan nama baik keluarga dan agama.Sesungguhnya anak yang diajar dengan didikan agama memberi faedah kepada ibu bapanya ketika hidup dan selepas mati.


Petikan e-hadis, Jabatan Kemajuan Islam

26 Mei 2008

Kemudahan Chat Room

Ruangan Chat Room telah disediakan bermula hari ini 26 mei .... Mohon kerjasama semua APP untuk menggunakan kemudahan tersebut jika ada kelapangan dan sila respon akan keberkesanannya untuk penambahbaikan mutu blog ini.Terima Kasih
bersaudara selamanya.....

25 Mei 2008

Hadis Qudsi

Hadis Qudsi Hari Ini

Berkata Abu Hurairah r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda :

Allah telah berfirman:

“Lapangkanlah dirimu untuk beribadat kepadaKu, niscayalah Aku penuhi dadamu, kekayaan, dan mengatasi segala memiskinanmu. Jika engkau tidak buat, maka akan Aku penuhi dadamu dengan urusan, dan tidaklah Aku tutupi kemiskinanmu.”
(Riwayat Termidzi dan Baihaqi)

Huraiannya:

Hadis Qudsi ini mengingatkan kita, bahwa yang menjadikan manusia kaya atau miskin itu ialah Allah s.w.t. Dialah yang mentakdirkan semua itu dengan kudrat dan iradat­Nya. Memanglah menjadi tabiat semulajadi manusia hendak melihat hidupnya dalam keadaan senang-lenang dan memiliki kekayaan yang banyak. Di samping itu ia sentiasa membencikan kemiskinan, dan hidup dalam keadaan susah dan melarat. Akan tetapi, kekayaan yang hakiki di sisi Tuhan ialah dengan memperbanyakkan amalan yang salih. Sebab rezeki manusia itu memang telah ditetapkan oleh Tuhan tentang sedikit-sebanyaknya, tentang miskin-kayanya dan sebagainya.
Lantaran itu, jangan sampai kamu terus-menerus bertungkus-lumus dalam urusan dunia semata, sehingga tidak ada masa lagi untuk beribadat atau beramal salih. Itu adalah suatu kekhilafan yang besar! Tetapi hendaklah kamu sentiasa melapangkan masa beribadat, menyembah Tuhan dan bersyukur kepadaNya, kelak kamu akan merasakan kekayaan yang hakiki yang akan diisikan Tuhan kedalam dada kamu. Sementara keperluan hidup serta urusan dunia kamu pula akan diberiNya juga secukup-cukupnya, tidak perlu dibimbangkan.
Akan tetapi, jika kamu mengejar terus urusan dunia saja, sedang peribadatan kepada Allah kamu terus lalaikan dan membelakanginya, niscaya Allah akan menambah kamu dengan berbagai-bagai urusan dunia yang baru. Ada-ada saja yang muncul tanpa dijangka atau diduga. Namun hidup kamu terus-menerus begitu begitu juga, sama tiada per­ubahannya, sentiasa susah, sentiasa serba kekurangan. Manakala kekayaan yang kamu cita-citakan itu tidak akan datang-datang juga. Kalau demikianlah halnya, maka akan rugilah kamu di dunia dan di akhirat.

Kesimpulannya:

Betapa banyak sekalipun urusan kita dengan dunia, namun jangan sekali-kali urusan akhirat kita lalaikan atau membelakangkan. Sepatutnya kita selalu me­lebihkan dan mengutamakan urusan akhirat daripada dunia. Ataupun sekurang-kurangnya, hendaklah kita mencari ke­untungan akhirat sekadar kita mencari keuntungan dunia.

* Hadis Qudsi : Syed Ahmad Semait

23 Mei 2008

Nak Jawab....

Berikut adalah salah satu komen/ulasan/cadangan yang diterima

assalamualaikum semua geng perantis kombat, selamat malam ,salam sore, kabare,...........
syabas diatas usaha menerbitkan blog nie.
nak bg pendapat sikit dan nak komen sikit...
1.adakan chat room dan ttpkan masa untuk geng sembang
2.buat la form untuk ruang kenalkan diri
3.ruang iklan permudahkan (nak htr email buang masa )
4.permudahkan perkara2 yang sememang nya mudah
5.adakan ruangan takzirah(bg la ilmu agama sikit)
ok itu jer kalu silap apa2 tu maaf ler yer... app7/86 senyap jer (nuar sotong, rafli,mat radi,mat cheng dan ramai lg x tersebut ramai sangat... geng puluit p mana abih) no contact aku 0124755270

Salam semua abang-abang.....
saya terpanggil untuk mengulas komen yang di berikan spt di atas.... pertama sekali saya ucapkan ribuan terima kasih kpd semua APP yang telah memberi komen/semangat/sokongan dan teguran membina....
1. Cadangan pertama (chat room), disebabkan blog ini adalah percuma maka kemudahan untuk ruangan chat room tidak dpt di sedia.... perkara ini akan dibangkitkan pada mesyuarat koordinasi ke 3 pada 6/6 nanti....
2. Ruangan sedang diusahakan....
3. Iklan.... susah nak jawab la.... nanti saya pi padang besaq saya habaq.... tlg kirim gambar kedai pada saya.....
4. Sebagaimana kata Rafli.... Blog ini sebagai permulaan kepada APP mungkin kita boleh upgradekan Blog ini kepada bentuk website yang lebih banyak kemudahan....
5. Sedang di usahakan.....
...::bersaudara selamanya::...

22 Mei 2008

Reunion Siri 7/86

Reunion siri 7/86

Tempat: Agrotek Garden Resort Sg. Semungkis Batu 14 1/2 Ulu Langat Selangor

Tarikh: 8 & 9 Ogos 2008

Bayaran: Keluarga- RM 250++, Bujang- RM 100

Deposit: RM 100 Sebelum 01 Jun 2008

Bayaran boleh dibuat melalui akaun (MBB) Suhaimi Awg (kembeng) - 1140-1180-8281

Tempat /masa melapur : Kem Imphal/Sek. keb. Pangkalan TD Kem Sg Besi (051000H Julai 2008)

No hf: Suhaimi kembeng: 019-3104285

disediakan oleh Man Greeng (017-6430001)

17 Mei 2008

Logo APP

Kepada semua bekas-bekas APP anda di jemput untuk menyumbang Logo untuk kelab APP ini, Konsep dan tema Logo bergantung kepada anda sendiri.... Setiap Logo mestilah mempunyai perkataan 'bersaudara selamanya' Logo hendaklah tulen, tidak di cedok/tiru ..... Logo tersebut bolehlah dikirimkan ke email saya di nadzmi98@yahoo.com Sumbangan daripada semua APP amatlah di galakkan.... Kepada Logo yang terpilih Hadiah Misteri menanti anda pada malam 25 Okt 2008.............. tiada tarikh tutup.... Pemilihan berdasarkan kepada suara majoriti.....

16 Mei 2008

Cara membuat ulasan/komen

Bagaimana nak membuat ulasan/komen.....

- klik pada perkataan ulasan ( )

- taipkan ulasan/komen anda di ruangan Tinggalkan Ulasan Anda

- masukkan huruf di ruangan orang atas kerusi roda

- Pilih pada bahagian tanpa nama

- Jika anda memilih Google/Blogger di bahagian Pilih Identiti anda di kehendaki mendaftar dahulu, saya cadangkan anda terus sahaja pilih pada Tanpa Nama

- Klik pada tab TERBITKAN ULASAN ANDA

- Selesai dan selamat melayari blog ini.....

.......bersaudara selamanya.....

14 Mei 2008

Kenalkan diri Anda

Atas permintaan dan maklum balas yang saya terima, kepada semua APP RSD di minta untuk memberi pengenalan diri seperti format di bawah, ini adalah untuk kemudahan rakan-rakan yang lain menghubungi anda..... Sila masukkan intake anda untuk kemudahan kita bersama kerjasama dari anda amat-amat di hargai... sekian tq ......BERSAUDARA SELAMANYA........

534697 APP AZMAN BIN ABDULLAH 019-5734697 (8/87)

13 Mei 2008

Ruangan Iklan....

Mulai hari ini saya mengwujudkan satu ruangan iklan yang dikhaskan kepada semua bekas APP yang mempunyai perniagaan atau apa-apa sahaja yang ingin di uar-uarkan......
Ruangan ini mempunyai tempoh selama 2 minggu untuk di paparkan .....
Kepada yang berminat sila e-mail saya di nadzmi98@yahoo.com dan sertakan sekali No Tentera, Nama dan Siri anda sebagai pengesahan

Perkhidmatan ini adalah percuma !!!!

12 Mei 2008

Hantar Komen

Kepada semua pengunjung-pengunjung blog ini, anda di galakkan untuk memberi komen dan membuat undian....