07 Julai 2008

Mesyuarat Koordinasi Reunion ke 4

SIAPA NAK SUSAH..? TIADA SIAPA NAK SUSAH.. SIAPA NAK SENANG..? TIADA SIAPA TAK NAK SENANG.. TAPI HAKIKAT KEHIDUPAN DUNIA INI BANYAK KESENANGAN ADALAH DARI KESUSAHAN ORANG LAIN..

EKORAN DARI MENYUARAT TERSEBUT KEHADIRAN AJK-AJK YANG DILANTIK AMATLAH MENDUKACITAKAN.. JELAS MEMBAYANGKAN TIADA KOMITMENT MELAKSANAKAN TUGAS DAN MENJAYAKAN REUNION INI. MESYUARAT TERPAKSA DI TANGGUH KERANA TAK CUKUP KORUM.

JESTERU ITU MESYUARAT AKAN DILAKSANAKAN SEMULA PADA 202100H JULAI 2008 BERTEMPAT DI WISMA BINTARA KEM IMPHAL.

MOHON KEPADA AJK-AJK YANG DILANTIK SUDILAH APA KIRANYA MELUANGKAN SEDIKIT WAKTU HADIR KE MESYUARAT INI AGAR HASRAT MURNI KITA UNTUK MEMPERKUKUHKAN PERSAUDARAAN DAN UKWAH SESAMA KITA INI TERCAPAI.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MAT SIAM 4279
ASSALAMUALAIKUM :
DENGAN IZIN,SAYA INGIN NMEMBERIKAN SEDIKIT KOMEN.
1.KETIDAKHADIRAN AJK - PEMILIHAN YANG TIDAK TEPAT, MAIN TANGKAP MUAT JER;ORG YG XDA PUN DILANTIK
2. SIKAP ANGGOTA YG MASIH BERKHIDMAT- PANGKAT YG MENJADI MASAALAH; YG BERPANGKAT TINGGI SEMUA NAK JADI AJK , YG BERPANGKAT RENDAH NK JADI APA.....? CUBA TRY BAGI KOPERAL YG MEMPENGERUSI MESYUARAT..........BOLEH KA?
3. TEMPAT MESYUARAT - TPT YG DIPILIH X SESUAI; XKAN YG BERPANGKAT KOPERAL NAK DATANG MESS (KPD YG MASIH BERKHIDMAT AKAN FAHAM MASALAH NIE)
4. CHAT ROOM ADA....TP PAKAT2 X GUNA PUN..... NAK BOH GAMBAK BOGEL ADA LA (BINI DI UMAH X BOGEL KOT)

SEKIAN ,TERIMA KASIH , PIKIQ2 AMBIK LAA NO.....BERSAUDARA SELAMANYA

Tanpa Nama berkata...

Nak ulas sikit daripada pandangan mat siam:

Mungkin ramai yg buat andaian masing2. tapi hakikatnya ramai yg tak berapa minat nak teruskan usaha yg baik ini..
Mungkin Mat Siam beri pendapatnya pada satu sudut dan bagi saya semua alasan tu sepatutnya bukan alasan langsung..
Tp saya tetap mengucapkan RIBUAN TERIMAKASIH kepanya kerana RESPONSE yg baik begini..
Bagi sy org macam nilah yg kita mahu bukan sekadar AKU IKUT AJER..Think and ask people to think about and abroad..Tq skot

Untuk maklumat Mat Siam dan semua:

1. AJK yg dipilih adalah berdasarkan daripada sokongan/cadangan skot mereka sendiri yg difikirkan berpengaruh oleh skot(batch)nya dan batch lain tidak tahu kredibiliti dan komitmen mereka.
Ini langsung tiada kena mengena dengan pangkat yg disandang. Kalau diikutkan pangkat ramai juga pegawai yg masih berkhidmat dan rasanya lebih 30 orang termasuk yg dah jadi pegawai KOR lain pun ada tapi komitmen maaf cakaplah mmg amat mendukacitakan..

2. Yg koperal below pulak amat merendah diri so kekadang sbb mereka tak meningkat pun pasal ada attitude ini. Tp bukan semua la tapi ramai.. lagipun masa mesyuarat kita open pada semua untuk jawatan ni.

3. Masalah tempat mesyuarat langsung tak timbul kerana saya telah buat clearance dgn YDP Mess hatta pemerintah sendiri menggalakkan penggunaannya dgn cara begini. Dulu saya gunakan Bilik Mesyuarat pasukan utk Reunion siri 7/86 lebih drp 5 kali.. lagi confidential tapi 2IC tak de masalahpun..Dah berjayapun 2 kali Reunion Siri 7/86.
Utk maklumat juga saya adalah bekas YDP Mess (2006-2008)dan saya amat tahu akan undang2 dan tatasusila mess. Kita guna pun di tempat makan dan langsung tak gunakan bar, living room atau hall. Yang penting adalah clearance daripada YDP Mess. Jgn jd alasan yg dangkal ini sebagai penguat alasan tak mau datang coz saya mmg ada dgr anggota bercakap pasal ni..
Untuk maklumat juga mess ni sering digunakan oleh koperal below utk mesyuarat kebajikan, ceramah, exhibition dll.

4. Pasal chat saya dapati ramai drp anggota tak tahu dan tak minat menggunakan sbg medium kerana kekurangan pengetahuan yg mungkin apa pada seseorang itu. ramai yg dok tertanya2 sampaikan nak masuk blog pun tak tau..apa nak buat.
Maklumat juga daripada kerajaan malaysia pada 2006 hanya 5 peratus sahja rakyat Malaysia yg celik IT. So fikir2 kanlah..

Tugas kita sekarang agar kita tak boleh putus asa dan cari jalan agar benda ni tetap jadi dan pahala untuk kalian yg berusaha tetap akan dikurniakan olehNYA..

MAafkan saya kalu terlanjur bicara cuma saya sekadar menerangkan hakikat yg tersirat..wassalam

wallahu aqlam
YDP PENAJA

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,

Saya memohon maaf kerana tidak kehadiran mesyuarat REUNION pada 4/7/08 di Kem Imphal diatas sebab kerja yang memang tidak dielakkan.Dan juga dimaklum juga saya tidak dapat menghadiri dimesyuarat yang akan datang pada 20/7/08 diatas sebab berada diluar kawasan selama seminggu 18-24 Julai.Dan segala tugas tugas saya sebagai setiausaha akan diambil oleh saudara Radzi (timbalan setiausaha).

Sekian Terima Kasih

Mohd Faizal Omar APP 534251
Siri 7/86

Tanpa Nama berkata...

MAT SIAM 4279

ASSALAMUALAIKUM!!!!!
TERIMAKASIH YDP DIATAS KEPERIHATINAN KOMEN SAYA.

SAYA BERCAKAP DARI PANDANGAN DUNIA SAYA , DUNIA TENTERA SAYA X TAHU KERANA SAYA DICERDIKKAN DI DUNIA AWAM TP RASA NYA APA YG SAYA UTARAKAN IALAH APA YG SEMUA ORG BUALKAN.

MANUSIA MATI MENINGGALKAN AMALAN; JADI TERUSKAN NIAT YG MURNI INI DEMI MENJALINKAN PERPADUAN UMMAH SERTA MENJALINKAN SILATURAHIM ; KERANA X AKAN MASUK SYURGA ORG YG MEMUTUSKAN SILATURAHIM.

MANUSIA DILAHIRKAN DGN NASIB YG BERBEZA....KEKADANG KOMITMEN ADA TUAH X ADA......KEKADANG TUAH ADA NASIB X ADA........ SEMUA INI BERGANTUNG KEPADA AMALAN KITA.NASIHAT SAYA KEPADA SKOT2 SEMUA KERJA TTP KERJA ;AMALAN DUNIA JGN DIALPA AMALAN AKHIRAT JANGAN DILUPA. SOLAT ADALAH TIANG AGAMA. JANGAN ASYIK DGN KERJA SAMPAI LUPA SOAL AMALAN AKHIRAT. KITA HIDUP...KERJA...NAIK PANGKAT....DPT JAWATAN BUKAN KERANA KOMITMENT 100% TETAPI KERANA...........RAHMATNYA.......... ALHAMDULILLAH...... SAYA BERJAYA KERANA KOMITMEN 45% + RAHMATNYA 55%.

WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH.

BERSAUDARA SELAMANYA

Tanpa Nama berkata...

saya deejay komen saya datanglah ke mesyuarat dulu baru tahu apa yang kita nak buat. Luangkan sedikit masa untuk mesyuarat supaya perhimpunan kita ini berjaya. Asyik2 yang dtg muka yg sama je. Anggota lebih 700 org yang dtg mesyuarat 15 org. Saya sudah 10 tahun jadi awam boleh dtg bagaimana yg masih di atm x bolih dtg. pada saya bukan masallah pangkat tapi diri sendiri. yg duduk di PE pun tak bolih dtg macamana. Saya minta maaf kalau ada salah silap. tapi fikirlah sendiri. bersaudara selamanya.

Tanpa Nama berkata...

salam.....
erm nak cakap aper erk...
1.kenapa member apperantis tak datang mesyuarat?....mungkin tinggal jauh (luar lembah kelang...) atau mungkin dekat DTHO tapi x der komitmen... atau x perlu di adakan reunion nie...(x der benefit) jadi x perlu terlibat sama... atau ikut jer lah...mungkin semangat apperantis dah terhakis dalam diri....
2. bagaimana nak atasi masalah nie?
kepada mereka-mereka yang berusaha untuk menjayakan reunion nie... anggaplah ini sebagai satu cabaran... kerja kuat lagi.... masih ramai lagi yang menyokong supaya reunion di adakan... sebagai insan biasa adalah mustahil untuk memuaskan hati semua orang... kuatkan semangat....
3.pertanyaan.... dah buat ker surat untuk komandan iked... kena buat cepat tu.... nanti senang dierong nak setkan dalam aktiviti iked...dengar-dengar timb.komd mmg bersetuju reunion dibuat di iked...beliau akan support banyak benda.... so.... apa tunggu lagi...kepada anda yang dipertanggungjawabkan jalankanlah ...
walaupun kerja nie sukarela di ulang sukarela..... banyak manafaatnya dikemudian hari....

Tanpa Nama berkata...

Salam

Untuk makluman semua perihal urusan di IKED semua nya dah selesai dah cuma tunggu hari langsung nya je..

JAWS 8/87
BERSAUDARA SELAMANYA

Tanpa Nama berkata...

pak yop 4229 aslkum semua xapp. terlebih dahulu saya memohon maaf kerana tidak dapat hadir pada mesyuarat tempohari kerana saya ada out station di ipoh. insyaallah saya akan hadir pada akan datang. kepada xapp jgn leee nak menunding jari kat mana mana individu. reunion ni bukan nya kerja yang dapat duit. ini semata mata untuk menyemaikan semangat bersaudara selamanya. kerja ni semuanya dibuat dgn ikhlas dan bukan nya nak nama. oleh itu pak yop berharap jangan leee nak menundingkan jari kepada mana mana individu. komeee pikio leee. sekian terima kasih. assalammualaikum.

Tanpa Nama berkata...

534778 (Jr APPRENTICE)
salam bro,
saya cuma nk bg pandangan..sy dh awam msuk thun ke 4 dh...dh terbang tinggi2 pn klu dibandingkn dgn tentera dulu...sy rase usaha murni oleh bro-bro yg msih dlm svc utk organise reunion baik diteruskan dn dikordinasikan oleh mereka,
1.ex app yg awam kn susah klu nk berhubung dgn yg lain2
2.tempat plak klu yg tentera organise dh tntula blh guna kemudahan di kem..cba yg awam wat...blh ke klu sorang je brgerak
3.ex app yg msih dlm svc mempunyai sokongan dri ex app dri unit berdekatan.
4.kita yg app awam ni....sokongan msih blh diberi melalui kehadiran

maaf klu pandangan Jr App ni tk bernas...tp fikirkan la erk..abg-abg senior dn skot2 Jr. App

Tanpa Nama berkata...

4778 Jr Apprentice on board!

klu dh timb.komandan bersetuju bermakna kita ni kena la support reunion ni bro-bro.ialah mungkin psal kita nye golongan (App RSD) dh tkde pengambilan...klu ade pn yg tinggal hanyalah nk menghabiskan sisa-sisa svc yg ade....last intake thun 1987..so lpas tu dh tkde beb...mngkin ade nostalgianye kita diberi peluang bereunion..ialah kita diantara golongan yg memeriahkan sekolah semboyan(iked) suatu ketika dulu...so apelagi REGIMENT OF SIGNAL APPRENTICE....DO OUR BEST....!