31 Mei 2008
Komen Pengunjung....
4279 matsiam
assalamualaikum semua..
ruangan chat room dah ok....baru taksat aku dok sembang dgn jelani 7/86 dan madjan 8/87 tp sayang ....hanya 60 bait untuk 1 jam lps tu kena tggu lagi satu jam baru boleh sembang ..... sayang sungguh ,
kita kena besarkan lg chatroom kita tp kena la bayaq......jadi apa buah pandangan semua?
Kepada semua bekas APP yang arif mengenai software chat room sila kongsi pengetahuan anda di sini untuk menambah baik mutu blog ini....
terima kasih
30 Mei 2008
Motivasi
Azizi Ali ialah perunding kewangan peribadi nombor satu di Malaysia . Beliau telah menghasilkan 24 buah buku terlaris termasuk "Jutawan dari Planet Jupiter", "Lahirnya Seorang Jutawan", "Bagaimana Hendak Menjadi Tuan Rumah Jutawan", "Bagaimana Hendak Menjadi Jutawan Hartanah" dan "Juara Lelongan Hartanah".
Beliau adalah seorang Perunding Kewangan Bertauliah (Chartered Financial Consultant) dan mempunyai ijazah Sarjana Perniagaan (MBA) dari University of Bath, England.
Beliau juga telah banyak memberi ceramah di seluruh pelusuk Asia Tenggara termasuk di Thailand, Brunei dan Singapura. Di antara pelanggan beliau ialah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Suruhanjaya Sekuriti, Petronas, Bank OCBC, KWSP, Lembaga Hasil Dalam Negeri, AIA Assurance, Prudential Assurance, Danaharta, Maxis dan Telekom Malaysia.
Beliau juga sering muncul di kaca TV dan radio membicarakan tentang pengurusan kewangan peribadi.
Yang lebih penting, beliau telah mencipta kekayaan melalui pelaburan hartanah. Beliau memiliki beberapa hartanah di Lembah Klang, termasuk di Bangsar, Subang Jaya, Damansara dan Kelana Jaya.
Ini bermakna strategi yang digunakannya telah berjaya dan bukan hanya teori semata-mata.Hadis Qudsi (2)
Allah telah berfirman :
“Apabila hambaKu mengingatiKu sendirian, Aku pun akan mengingatinya sendirian, Dan apabila dia mengingatiku di hadapan khalayak ramai, niscaya Aku akan mengingatinya pula di khalayak yang lebih baik daripada khalayak ramai yang dia mengingatiKu.”
(Riwayat Thabarani)
Anak Perempuan
DARIPADA Aisyah, Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu dia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi)
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak perempuan. Mereka adalah aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.
26 Mei 2008
Kemudahan Chat Room
bersaudara selamanya.....
25 Mei 2008
Hadis Qudsi
Berkata Abu Hurairah r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda :
Allah telah berfirman:
“Lapangkanlah dirimu untuk beribadat kepadaKu, niscayalah Aku penuhi dadamu, kekayaan, dan mengatasi segala memiskinanmu. Jika engkau tidak buat, maka akan Aku penuhi dadamu dengan urusan, dan tidaklah Aku tutupi kemiskinanmu.”
(Riwayat Termidzi dan Baihaqi)
Huraiannya:
Hadis Qudsi ini mengingatkan kita, bahwa yang menjadikan manusia kaya atau miskin itu ialah Allah s.w.t. Dialah yang mentakdirkan semua itu dengan kudrat dan iradatNya. Memanglah menjadi tabiat semulajadi manusia hendak melihat hidupnya dalam keadaan senang-lenang dan memiliki kekayaan yang banyak. Di samping itu ia sentiasa membencikan kemiskinan, dan hidup dalam keadaan susah dan melarat. Akan tetapi, kekayaan yang hakiki di sisi Tuhan ialah dengan memperbanyakkan amalan yang salih. Sebab rezeki manusia itu memang telah ditetapkan oleh Tuhan tentang sedikit-sebanyaknya, tentang miskin-kayanya dan sebagainya.
Lantaran itu, jangan sampai kamu terus-menerus bertungkus-lumus dalam urusan dunia semata, sehingga tidak ada masa lagi untuk beribadat atau beramal salih. Itu adalah suatu kekhilafan yang besar! Tetapi hendaklah kamu sentiasa melapangkan masa beribadat, menyembah Tuhan dan bersyukur kepadaNya, kelak kamu akan merasakan kekayaan yang hakiki yang akan diisikan Tuhan kedalam dada kamu. Sementara keperluan hidup serta urusan dunia kamu pula akan diberiNya juga secukup-cukupnya, tidak perlu dibimbangkan.
Akan tetapi, jika kamu mengejar terus urusan dunia saja, sedang peribadatan kepada Allah kamu terus lalaikan dan membelakanginya, niscaya Allah akan menambah kamu dengan berbagai-bagai urusan dunia yang baru. Ada-ada saja yang muncul tanpa dijangka atau diduga. Namun hidup kamu terus-menerus begitu begitu juga, sama tiada perubahannya, sentiasa susah, sentiasa serba kekurangan. Manakala kekayaan yang kamu cita-citakan itu tidak akan datang-datang juga. Kalau demikianlah halnya, maka akan rugilah kamu di dunia dan di akhirat.
Kesimpulannya:
Betapa banyak sekalipun urusan kita dengan dunia, namun jangan sekali-kali urusan akhirat kita lalaikan atau membelakangkan. Sepatutnya kita selalu melebihkan dan mengutamakan urusan akhirat daripada dunia. Ataupun sekurang-kurangnya, hendaklah kita mencari keuntungan akhirat sekadar kita mencari keuntungan dunia.
* Hadis Qudsi : Syed Ahmad Semait
23 Mei 2008
Nak Jawab....
assalamualaikum semua geng perantis kombat, selamat malam ,salam sore, kabare,...........
syabas diatas usaha menerbitkan blog nie.
nak bg pendapat sikit dan nak komen sikit...
1.adakan chat room dan ttpkan masa untuk geng sembang
2.buat la form untuk ruang kenalkan diri
3.ruang iklan permudahkan (nak htr email buang masa )
4.permudahkan perkara2 yang sememang nya mudah
5.adakan ruangan takzirah(bg la ilmu agama sikit)
ok itu jer kalu silap apa2 tu maaf ler yer... app7/86 senyap jer (nuar sotong, rafli,mat radi,mat cheng dan ramai lg x tersebut ramai sangat... geng puluit p mana abih) no contact aku 0124755270
Salam semua abang-abang.....
saya terpanggil untuk mengulas komen yang di berikan spt di atas.... pertama sekali saya ucapkan ribuan terima kasih kpd semua APP yang telah memberi komen/semangat/sokongan dan teguran membina....
1. Cadangan pertama (chat room), disebabkan blog ini adalah percuma maka kemudahan untuk ruangan chat room tidak dpt di sedia.... perkara ini akan dibangkitkan pada mesyuarat koordinasi ke 3 pada 6/6 nanti....
2. Ruangan sedang diusahakan....
3. Iklan.... susah nak jawab la.... nanti saya pi padang besaq saya habaq.... tlg kirim gambar kedai pada saya.....
4. Sebagaimana kata Rafli.... Blog ini sebagai permulaan kepada APP mungkin kita boleh upgradekan Blog ini kepada bentuk website yang lebih banyak kemudahan....
5. Sedang di usahakan.....
22 Mei 2008
Reunion Siri 7/86
Tarikh: 8 & 9 Ogos 2008
Bayaran: Keluarga- RM 250++, Bujang- RM 100
Deposit: RM 100 Sebelum 01 Jun 2008
Bayaran boleh dibuat melalui akaun (MBB) Suhaimi Awg (kembeng) - 1140-1180-8281
Tempat /masa melapur : Kem Imphal/Sek. keb. Pangkalan TD Kem Sg Besi (051000H Julai 2008)
No hf: Suhaimi kembeng: 019-3104285
disediakan oleh Man Greeng (017-6430001)
17 Mei 2008
Logo APP
16 Mei 2008
Cara membuat ulasan/komen
- klik pada perkataan ulasan ( Dicatat oleh admin di 10:07 0 ulasan)
- taipkan ulasan/komen anda di ruangan Tinggalkan Ulasan Anda
- masukkan huruf di ruangan orang atas kerusi roda
- Pilih pada bahagian tanpa nama
- Jika anda memilih Google/Blogger di bahagian Pilih Identiti anda di kehendaki mendaftar dahulu, saya cadangkan anda terus sahaja pilih pada Tanpa Nama
- Klik pada tab TERBITKAN ULASAN ANDA
- Selesai dan selamat melayari blog ini.....
.......bersaudara selamanya.....
14 Mei 2008
Kenalkan diri Anda
534697 APP AZMAN BIN ABDULLAH 019-5734697 (8/87)
13 Mei 2008
Ruangan Iklan....
Ruangan ini mempunyai tempoh selama 2 minggu untuk di paparkan .....
Kepada yang berminat sila e-mail saya di nadzmi98@yahoo.com dan sertakan sekali No Tentera, Nama dan Siri anda sebagai pengesahan