04 Disember 2008

Sedikit info......sempena aidil adha....

Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dia tidak boleh menggunting rambut dan memotong kukunya semenjak tarikh 1 Zulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah korban tersebut.

Sabda Nabi SAW: Jika telah masuk 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya walau sedikit. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1977).

Larangan memotong rambut ini termasuk juga mencabut mahupun mencukur atau apa-apa cara yang boleh menghilangkan segala jenis rambut dan bulu di badan.

Menurut Imam al-Nawawi r.a: "Yang dimaksudkan dengan larangan memotong kuku dan rambut adalah larangan menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut atau dengan cara lain (secara sengaja). Termasuk juga larangan menghilangkan rambut baik sama ada mencukur, memendek, mencabut, membakar, menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut dan apa jua cara sama ada pada bulu ketiak, misai, bulu ari-ari, rambut atu bulu-bulu lain di bahagain anggota badan yang lain". (Rujuk Kitab Syarh Muslim karya Imam al-Nawawi, jil. 13, ms. 138-139. Dinukil dari kitab Ahkaam al-'Iedain fis Sunnah al-Muthaharah karya Syeikh 'Ali bin Hassan al-Halabi al-Atsari, Pustaka Imam asy-Syafie, Jakarta (2005), ms. 98).

Bagi mereka yang sengaja atau tidak sengaja memotong kuku ataupun rambut sebelum melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda).

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum w.b,

Apa dah jadi ni..? Senyap sunyi je la nih..!! Tuan admin, aku ada sedikit makluman untuk semua. Ada jemputan kenduri untuk semua bekas-bekas DAN warga RSD.Aku menerima wakil daripada Yos(B)Zahran untuk memberitahu dan menjemput saudara2 yang ada kelapangan ke Majlis Kenduri Kahwin anak sulungnya pada 15 March 2009 (Ahad )di rumah dia. Alamat seperti berikut:

No.51, Taman Kita, Jalan Sultanah Sambungan 05150 Alor Setar, Kedah. Berdekatan dengan Universiti Insaniah, Kedah. Apa-apa hal boleh contact aku Namront4248. Boleh le kita jumpa kat sana member2 yang dah lama x jumpa...!!! ok..adios..!!