24 September 2008

Rancang Perjalanan Anda Untuk Pulang Berhari Raya

KUALA LUMPUR - PLUS Expressway Berhad (PLUS) akan meneruskan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) seperti yang dilaksanakan pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri kali ini bagi melancarkan pergerakan lalu lintas.

Melalui kaedah itu yang diamalkan sejak tahun lalu, lebih 60 peratus pengguna jalan raya telah mengikuti waktu yang disarankan dan perjalanan trafik didapati lancar tanpa melibatkan kesesakan jalan raya yang ketara.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Nik Airina Nik Jaafar berkata, pihaknya menerima maklum balas positif daripada orang ramai terhadap pelaksanaan TTA kerana ia berjaya mencapai matlamat.

"Kami menasihatkan orang ramai agar terus memberikan kerjasama dengan mengikut TTA yang dikeluarkan untuk cuti hari raya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PLUS di sini semalam.

Nik Airina memberitahu, pihaknya menjangka sebanyak 1.3 juta pengguna akan menggunakan lebuh raya PLUS pada musim perayaan ini.

Sehubungan itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat TTA di talian PLUSLine 1-800-88-0000 selain edaran jadual tersebut di semua plaza tol PLUS.

Selain itu, menurut Nik Airina, bagi memastikan keselamatan pengguna lebuh raya semasa cuti musim perayaan ini, PLUS turut menyediakan 123 pasukan PLUS Ronda untuk mengadakan lebih banyak rondaan selain pasukan kecemasan seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3).

PLUS juga akan membuka hampir 1,000 kaunter tol bermula Sabtu ini bagi memudah dan mempercepatkan perjalanan pengguna ke kampung halaman pada Hari Raya Aidilfitri.

19 September 2008

Selamat Menyambut Aidil Fitri


Sempena dengan kedatangan Syawal tidak lama lagi, saya ingin memohon ribuan maaf daripada brother-brother experantis semua andainya terdapat 'posting' di sini yang menyinggung brother2 semua... Saya juga ingin menjemput semua experantis membuat ucapan di sini....... tq (bagi meriah skit beb)

03 September 2008

Luahan Rasa di Awal Ramadhan......

Aper nak tulis arrrrrr....... telifon sudah...... sms sudah..... bagitau pun sudah...... nak buat mcm mana lagik........ ader lagik hamba allah yang cakap tak tau lagik bila tarikh nak buat........ sabor jer lah....

Yang paling best tu ader jugak yg bertanya reunion nie utk aper nak buat di mana.... utk siri 8 sajer ker..... hampeh....

Untuk pengetahuan.....
Keputusan untuk mengadakan reunion nie atas kehendak ramai.... dah buat survey pun.... dan mmg majoriti pilih kombat.... nak buat lagu mana.....

satu lagi.... saya ader berjumpa dgn timbalan komandan dan berbincang secara tidak formal berkenaan penganjuran Reunion nie..... dan maklumbalas yang diterima cukup memberansangkan... beliau akan support..... mintak jer... dia akan bagi.... band d'comms, khemah, anggota fitik dan sebagainya..... dan saya juga ader bercakap mengenai protokol.... beliau juga bersetuju ...... pada malam tersebut tidak ada protokol.... tidak ada pangkat pada malam tersebut.... yang datang semuanya APP bukannya TOT, Tfk, fos, yos................. kalau nak datang dgn pangkat jugak....tolong tinggalkan kat masjid dekat guardroom MP.....

zaman sekarang nie zaman duit...... kalau perancangan mantap komitmen tinggi tapi duit tarak...... nak buat apa......... sampai skrg.... (03hb sept duit baru ada +-RM1500) kalau hari jadi 25hb ...... 20hb baru nak bagi duit nak buat apa..... sempat ker nak rancang? nak order makan..... nak buat tu ... nak buat nie.....

last sekali.... kepada semua bekas-bekas APP yang ada baca blog nie dan rasa bertanggungjawab untuk menjayakan REUNION nie sila lah hebah kepada kawan-kawan.... bank in cepat-cepat.... supaya senang pihak AJK nak buat kerja....... fikir-fikirkan lah.......

dan sekali lagi last...... apa yang aku melalut nie.....